Assamualaikum Warahmatullah...

Bismillahirrahmanrrahim.... in the name of Allah,, The Most Gracious and The Most Merciful...

Thursday, March 10, 2011

fikir....pikir...mikir....

assalamuaalaikum....
  salam budak baru blaja....

skrang aku bekerja kat restoran...almaklumlah lepas spm tunggu result.....
setelah sbulan aku kerja dan tiba lah hari gaji ku hahaha bahagia rasanya....tiba2 rasa bhagia itu hilang rasa  x puas hati lak muncul.....bukan ape gaji aku dlam rm500 +- habis dalam tempoh kurang sminggu....
bukan beli ape pon.....stakat keperluan jeee...mungkin bnyak abis baiki motor kot hehe....

setelah aku prasan dah ade ciput jee duit lam dompet buruk aku...lantas aku terfikir..."haih gano laa sek sok susoh laa nop idup?" gano laa ko ore miskin hop pndapatan lebih kurang nga aku" aku xpo laa bujang make mok ayoh tanggung, klu hop ado anop bini??'(ikut loghat klate)

so pesoaalannye nak salahkan sape????x nak salahkan sape2...tolong sambil membantu
aku nak tekankan kat sini tentang coment2 yang mengatakan melayu malas kerja sebab tu susah,komplain je tau.korang tau ke diorg tu kerja ke tak?kenal ke korang satu sama lain?senang2 je tuduh org malas,tak bersyukur,tak berterima kasih dgn kerajaan  hak korang cakap camtu?ko ada kenal ke diorg tu,ada nampak masalah diorg?aku ni bercampur dgn banyak golongan dah dan terbukti mentaliti yang kaya dan yg kurang berkemampuan amatlah tak sama.yg senang kaya raya golongan kaki ampu,kroni,memang jawapan selalu sama.bila kita komplain isu camni,balik2 diorg dgn jawapan diorg kita malas,tak bersyukur,tau nak senang jee semua tu berok2 kero2 laa bila aku dgr pulak golongan2 kurang berkemampuan ni mengadu nasib.kerani,golongan rendah dalam kerajaan mahupun swasta,elaun basikal/motosikal utk pembantu am kat sekolah pon dah diluputkan ganti dgn sistem km.setakat berapa sen satu kilometre pe jadahnya?itu baru satu contoh.kalau nak ikutkan banyak lagi ,tp aku malas nak taip panjang2 tentang bukti2 tu.aku ada kawan yg hidupnya senang,kereta mak bapak belikan cash,rumah cam istana...bila aku berbual dgn dia,.dia ckp ok je...barang semua mana ada harga naik.politik semua ok,.itu jawapan seorg kawan yg senang sbb mak bapak dia kaya dan kroni...pastu aku berbual lak dgn seorg kawan yg dtg dr keluarga kurang berkemampuan,kerjanya takat kerani dalam jabatan kerajaan...memang terbukti berbeza jawapan si kaya dgn si miskin.


ada plak sorg kawan lg,waktu berbual dgn dia,.pusing sana sini,balik2 jawapan yg sama...kerajaan bg sekolah,hospital,U,felda,bla,bla bla...mengapa nak ungkit semua tu?bukan ke itu tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keperluan rakyat dan kepentingan rakyat.hak asasi,hak bersuara,hak memilih.mana2 kerajaan pon akan pastikan semua tu tp patut ke mengungkit?nak bandingkan dgn negara cam thailand n indon?msia pon nak jd camtu ke?baca pasal sejarah marcos kat filipina tu, nak jadi camtu ke?bandingkanlah dgn negara2 menbangun,negara maju,aku salute cara pentadbiran negara diorg.nampak mana cukai disalurkan,bebas bersuara,harga makan rendah,tepung,gula,susu,antara 20-60 sen je sekilo/liter.pendapatan?6,7 kali ganda lagi besar.tol tak de,minyak murah.tak payah la nak convert euro dgn rm,memang korang kata mahal bila seliter minyak kat sini euro 1.50 = rm 6,tp nilaikan lak pendapatannya.kalau g shopping bawak euro 10,aku leh dapat gula,tepung ,susu,beras,sayur dll untuk seminggu,guna highway takyah bayar tol,korang lak bawak rm10 pe kita dpt?katakanla gaji kita sama,rm1000 dan aku euro 1000,faham tak korang perbezaannya?point aku kat sini...nak ke korang nilai rm jatuh sama dgn negara2 spt thailand,filipin n indon?kalau takat tu je mentaliti korang,so jangan pandang yg maju,jgn ikut contoh negara maju,teruskanlah pemikiran takuk lama,isu yg sama sejak bertahun2.yg kaya makin kaya,yg miskin makin miskin.itu ke matlamat korang?rakyat msia mmg jelas tolong kerajaan,tolong diorg amalkan gaya hidup mewah,makan mewah,pakai mewah,rumah,kereta semua mewah,hasil duit rakyat.nak suruh jalan kaki g kerja,ingat cuaca kat msia tu ,sejuk dan segar sesuai utk jalan kaki atau kayuh basikal?..g kerja kayuh basikal leh senyum je...nak mampos agaknya suruh org jalan kaki dgn bahang cuaca camtu.sampai ofis sah bau taik babi la jawabnya.bodoh punya usul.
aku nak cakap mmg banya,tp malas nak taip pjg2,aku sure korang boleh nilai dan fikirkan sendiri mana baik dan buruk.dan untuk mereka2 yg tak habis2 dgn fitnah kononnya kita ni mals,tau nak senang,komplain je,kerja malas,tak bersyukur,tak berterima kasih dab sebagainya,tolong jangan pandai2 buat andaian cam tu kalau korang tak kenal dan tak nampak apa yg kami nampak.




kalau melayu yg malas, tak sampai jauh ke europe ni orang melayu merantau berkerja.takat gaji  kerja kat msia tu cam nak rak ,gadaikan maruah,prinsip dan keadilan untuk kesenangan, aku rasa pendapatan melayu kat europe 8 kali ganda...sorry kalau bunyi cam berlagak je ni, bukan nak bermegah, tp bg sesapa yang asik duk kutuk kita ni malas, tgk diri lu sendiri sblm kutuk n fitnah org.bagus sgt ke korang tu?ko ingat suka2 org kebanyakan orang melayu  merantau menghabiskan duit mak bapak.merantau,tglkan keluarga dan sanak saudara?untuk apa?sebab malas ke?sbb tak bersyukur ke?untuk berlagak ke?untuk enjoy makan angin bershopping?TIDAK!!!


namun bukan mudah tuk melayu bekerja disana(tu pon kata malas agi ke) .nak keja kat negara orang kena pandai bahasa diorang.....kat masia ade ke cam nie mak bangla,mak indon.piliphine,vietnam ade ke pekerja asing kena pandai cakap malayu bau leh keja....
rosak ...dan aku sangat2 lah kecewa dan sedih dgn fenomena ni...



ni sebenar luahan hati seorang student dari luar negara...aku amik..sdikit fakta lam blog dye...




Kos hidup sekarang



 bayangkan hutang rumah sampai 25 
tahun [maksimun] kerja sampai ble? bagi yang belajar lambat BE
kerja.. katakan lah 25 tahun baru start kerja itu.. lepas tuu 
setahun, dua tahun ataupun 3 tahun simpan duit utk berkahwin.
. tak boleh beli rumah.. sebab nak fikirkan hal perkahwinan 
dulu.. dah settle, baru beli rumah setelah 2,3 tahun ikut

 gaji, umor 30 ++ baru leh beli rumah.. hutang plak 
bertahun2.. sampai umor 50+- pun kena hidup bayar hutang.
. baru hutang rumah belum hutang kereta, hutang ptptn, 

hutang2 lain.. 



PERBELANJAAN BERHEMAH

 mereka cakap perbelanjaan berhemah. pandai lah kawal. mmg betul kita kena rancang perbelanjaan kita.
 tak dapat dinafikan. tp rumah dan kereta mahal bkn pasal kita tak pandai merancang perbelanjaan.. sebaliknya kerajaan kita yang tak pernah peduli kebajikan rakyat. kalau peduli takan rumah flet rm200 k pada tahun 2014?? bayangkan umah flet je tue.. silap2 melayu seme dok bawah jambatan pasal dah tak mampu nak beli rumah flet sekalipun. 

kereta satu keperluaan
 kereta import plak mahal. mahal bukan sedikit. mahal yang terlalu banyak atas alasan nak tolong kereta nasional. aikk kita lantik gov utk tolong kita ttp terbalik kita plak kena tolong gov? gila babi punya formula neh. 

bina gaya hidup

nak beli rumah ekkk??? sekarang harga dah berapa bro....katakan Rumah harga Rm35000...??? mcm x logic jek... rase xde kot yg 35,000... kalau ade pon yg terdesak nk duit... lalu die jualkan rumah die.......

kite bg perbandingan..... kalau rakyat gaji satu isi rumah RM1500(rm1500 pendapantan garis miskin)
Rumah>>>>RM200 klau harga rumah rm35000
Kancil 2nd>>>RM 150(amik paling murah)
Makan>>>>>RM 550( kira makan lebih kurang 18inggit sehari dengan ade isteri dan 4 orang anak.... dimana setiap seorg hanya makan rm3 SEHARI...mcm x logic....da la 3 kali makan sehari...tp xpe... nk berjimat la katekan)
kalau da ada anak kompem sekolah: 4 anak = RM120( tu pon belanja seringgit sehari x masuk buku2 bacaan lg..... zaman sekarang mane ade bg seringgit...... tp x pe nk berJIMAT)
Minyak kereta + maintain >>> RM 300....( maintain kete 2nd mahal plak... minyak assume dlm 3inggit jek sehari).....
Bayar Hutang PTPTN >>>> RM 50 inggit( x tau bila nk abis da mati pon belum tentu setel.... harap dihalalkan jek)
Bil letrik dan air>>>>RM100......

RM1470.......30 inggit jek tinggal... belum nk bwk anak gi melancong.... beli baju sekolah..... hadiah kalau dpt markah tinggi...... simpan dalam tabung haji.... tu da try habis berjimat da......

SEKARANG MINX KERAJAAN TOLONG SIKIT JEK....
....
Jangan cakap menteri... diorg minyak free, tol free, ade driver.... semua kita byr..... KITA NK DIORG TOLONG SKIT JEK>.....kita pon bukan nak salahkan kerajaan 100%....TOLONG ckit jeerk...

please....
 salah kira, jgn mara....sy budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan....


lALALA


1. susu tin rm2.50 [paling murah punya worr.. paling mahal rm3.30 now]

2. gula rm2.10 [sesetengah tempat rm2.20-2.30 pun ada wor]

3. beras? sayur? beras sekilo cukup kot.. rm3.30 sesetengah tempat ada yang lagi mahal.. nak murah beli beras hancur.. tapi beras timbang neh pun low quality lah kan.. tapi still beras dan still jadi nasi asal kenyang balun je lah.. sayur? tengoklah sayur apa. Kalau karot sebatang dah 70seng. Kalau sawi ke apa ke mao rm1++. Memang cukup rm10 tue. Tapi bukan kegunaan seminggu. Sehari je bagi sayur. Manakala bagi beras dan susu tin 2 hari. Bagi gula mungkin la seminggu. Ha Ha Ha..

Yang dah kahwin dan dah miliki keluarga sendiri? Cukup ke kat atas tue? Lagi parah je jawab nya...

wallahuaalam....

sumber:by ahmad  ariff
petikan dari blog-blog,page-page fb....search google...pangalaman sendiri...

nie soalan cepumas:
Royalti Pulangkan Hak Rakyat!!

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".

Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Nak tanya dapat ke?
Knpa harga minyak boleh naik?





Perjuangan Sebenar Tok Janggut


sambung lagi...hai susah btol nak cari pasal TOKJANGGUT bnyak mengelirukan..so aku ambik yg paling boleh dipercayaai.....aku copy paste jeeeeee..........
Dahulu, lebih kurang tiga tahun yang lepas, saya pernah mencatit satu entri khas berkenaan Tok Janggut.
Apa yang asalnya diniatkan sebagai satu catitan kasual, sebagai menyempurnakan hajat seseorang, telah dengan tidak semena-menanya mendapat tumpuan ramai sehingga sendat dengan ratusan komen menyatakan minat. Dalam banyak banyak komen yang saya perhatikan, tidak kurang ada yang menarik, yang menyebabkan saya merenung kembali kisah perjuangan Tok Janggut, contohnya seperti komen ini :
i am an amateur historian. thank you for the write up. your photos will be useful
for those researching on Kelantan and its history. i had the privilege of meeting 2 of Tok Janggut’s grandson. they are proud their grandfather was a shahid. history has downplayed the extent and significance of the fight between tok janggut and the administrators then. it was a jihad of the muslims against the british rule.
Merenung kembali, memang benar sejarah kurang berlaku adil kepada Tok Janggut. Kisah perjuangan Tok Janggut, walaupun kini diabadikan dalam lembaran sejarah tanahair, disanjung dan diajar di sekolah, dirasakan seolah-olah masih atau sengaja dibiarkan tergantung. Tidak keterlaluan jika saya katakan, seolah-olah sama sebagaimana yang diperlakukan oleh Inggeris terhadap jasad Tok Janggut di Padang Bank.
Apa yang saya maksudkan dengan ” tergantung ” di sini adalah bila mana rata-rata sumber utama rujukan sejarah ( authorized sources ), dalam menghuraikan kronologi dan sebab musabbab kepada kebangkitan Tok Janggut, hanya mengutarakan faktor permasalahan cukai dan faktor kehilangan kuasa politik pembesar Melayu tradisional ( feudalisme ) sebagai punca.
Di sini, saya petik beberapa contoh dari huraian Arkib Negara Malaysia dan buku teks sejarah Tingkatan Lima sebagai bukti :
Campurtangan British di Negeri Kelantan pada awal abad keduapuluh telah menyebabkan berlaku beberapa perubahan dasar sistem pentadbiran di negeri tersebut.
Pihak British telah memperkenalkan sistem-sistem cukai yang baru yang bercanggah dengan kebiasaan rakyat tempatan dan telah melantik pegawai-pegawai untuk menggantikan tempat pembesar-pembesar daerah tradisional.
Kewujudan alat-alat pentadbiran dan campurtangan pihak British dalam pentadbiran Negeri Kelantan ini telah menggugat kedudukan pembesar-pembesar daerah serta menimbulkan kemarahan mereka yang selama ini memiliki banyak keistimewaan.
184532791
* Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ( KBSM ), Dewan Bahasa & Pustaka, Cetakan Keempat 2006, Percetakan Watan Sdn Bhd ( Nota : Perenggan berkaitan di ” highlight ” bagi memudahkan rujukan. )
Sebenarnya, apa yang dinyatakan oleh sumber sumber di atas tidaklah bersalahan dengan apa yang benar benar telah berlaku. Cuma, secara peribadi, menyampaikan kisah Tok Janggut dalam konteks perjuangan membantah cukai dan kehilangan kuasa politik tradisional, bukan sahaja mengabaikan butiran penting lain dalam kronologi kejadian malah dirasakan mampu memberikan implikasi negatif kepada perkembangan minda generasi muda. Seolah-olah menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok yang kedekut dan taksub dengan feudalisme. Apakah sebenarnya yang ingin dibuktikan melalui huraian sedemikian ?
Sedar atau tidak, dengan pentafsiran sedemikian juga, kita telah berjaya menyempurnakan agenda penjajah Inggeris tanpa mereka sendiri perlu bersusah payah menyempurnakannya. Sejarah membuktikan bahawa penjajah Inggeris sememangnya mahu perjuangan Tok Janggut digambarkan sedemikian, kerana mudah bagi mereka melabel beliau sebagai penjenayah dan pengkhianat ( tidakkah kita selalu diajar, membantah arahan pihak berkuasa adalah satu jenayah ? ) …..
…. dan sejarah juga membuktikan bahawa dengan menonjolkan Tok Janggut sebagai seorang penjenayah dan pengkhianat, mereka telah berjaya mengalihkan perhatian orang Melayu Islam dari memikirkan isu global berkaitan umat Islam yang sedang hangat ketika itu !
Laporan berikut, yang dipetik dari akhbar The New York Times, bertarikh 15 November, 1914, menjelaskan usaha awal Inggeris untuk memastikan orang Melayu terus terserkup di bawah tempurung :
17708716
Menurut laporan di atas, pada 14 November 1914, Sultan Kelantan ( Sultan Muhammad IV, 1900 ~ 1920 ), telah mengeluarkan jaminan taat setia kerajaan Kelantan kepada Inggeris ekoran Perang Dunia Pertama di Eropah.
Inggeris pada masa itu, sedang berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bersekutu dengan Austria-Hungary dan Jerman. Inggeris telah menekan pihak istana untuk mengisytiharkan solidariti bersama – tindakan yang mengecewakan Tok Janggut lantas memilih untuk bangkit sendiri menentang Inggeris …..
Tetapi mengapa Kelantan ? Mengapa Turki Uthmaniyyah !?
Perlu diingatkan bahawa pada masa itu, kerajaan atau empayar Turki Uthmaniyyah dianggap oleh kebanyakan umat Islam di dunia, termasuk juga di Kelantan, sebagai pelindung serta pemimpin ummah. Kebetulan pula di Kelantan, hampir keseluruhan penduduk adalah beragama Islam bermazhab Shafie ( dinyatakan di situ, ” Shaffa Mohammedanism ” ) dan kuasa politik adalah di tangan pemerintah beragama Islam ( walaupun di bawah pengaruh Inggeris ).
Walaupun demikian, itu bukanlah perkara yang paling dirisaukan oleh Inggeris. Inggeris lebih gusar dan khuatir akan hakikat hubungan dan pergantungan Kelantan dengan Timur Tengah dari sudut ideologi dan politik, yang telah berlangsung sejak berkurun lamanya. Ramai rakyat Kelantan berulang alik ke Makkah untuk menuntut ilmu, menunaikan ibadat Haji dan tidak kurang juga ada yang memiliki kepentingan di sana. Tok Janggut berada dalam kelompok ini, seorang terpelajar yang pernah menuntut ilmu dari Pattani hingga ke Makkah.Kebetulan juga, Makkah ketika itu merupakan wilayah Turki Uthmaniyyah, yang pastinya sedang marak dengan propaganda anti-Inggeris ketika Inggeris sedang berperang dengan Turki. Inilah yang dirisaukan oleh Inggeris.
Walau bagaimana pun, dalam hal ini, menyedari hakikat masyarakat Melayu yang amat mentaati Raja, Inggeris telah mengambil jalan memaksa pihak Istana untuk menyatakan pendirian yang selari dengan mereka, dengan harapan, kemarahan masyarakat Islam Kelantan terhadap peranan Inggeris dalam Perang Dunia Pertama dapat dikekang.
Namun, malang bagi Inggeris, jaminan yang diberi hanya bertahan selama lima bulan sahaja dan ” kekacauan ” ( disturbance ) yang dirisaukan telah benar benar berlaku di Pasir Puteh pada April 1915, di bawah pimpinan Tok Janggut ( antara sebab mengapa Tok Janggut diisytiharkan Inggeris sebagai ” pemberontak “ dan ” pengkhianat “ ).
Apa yang menarik, perkara yang paling dirisaukan Inggeris di Kelantan sebenarnya telah terlebih dahulu berlaku di Singapura, kubu kuat Inggeris di Asia Tenggara. Pada Februari 1915, askar upahan Inggeris dari India yang beragama Islam telah bangkit memberontak. Peristiwa berdarah yang dikenali sebagai Dahagi Singapura 1915 atau The 1915 Singapore ( Sepoy ) Mutiny ini, telah menyebabkan lebih kurang 50 orang Eropah terkorban. Puncanya, tidak lain tidak bukan adalah kerana peperangan Inggeris dengan Turki Uthmaniyyah, ditambah pula dengan fatwa berjihad yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah. Dikatakan Tok Janggut telah mengikuti perkembangan pemberontakan ini lalu merancang penentangan di Pasir Puteh.
Biar pun segera ditumpaskan, kejadian pemberontakan ini begitu memalukan Inggeris. Mengambil iktibar, Inggeris telah mengambil langkah berjaga jaga dan malang sekali, penentangan Tok Janggut menyusul dua bulan selepas itu dalam keadaan Inggeris sudah bersedia. Akibatnya, Tok Janggut telah diganyang sedasyat dasyatnya oleh Inggeris dan ini dapat disaksikan melalui bagaimana jenazahnya diperlakukan di Padang Bank.
Mengenangkan apa yang telah dilalui oleh Tok Janggut, adalah dirasakan amat tidak wajar jika kisah beliau terus dibaca dalam konteks sedia ada ( penekanan kepada permasalahan cukai & kehilangan kuasa feudal ). Perhatian perlu diberikan kepada konteks yang lebih global seperti yang dinyatakan di atas – sesuai dengan keadaan dunia masa kini serta hakikat diri dan latar belakang Tok Janggut sendiri.
Tok Janggut sebenarnya bukanlah seorang jaguh kampung yang buta huruf. Beliau adalah seorang yang terpelajar, yang pernah mengembara menuntut ilmu dari Pattani sehingga ke Makkah. Kerana itu, rangkaian serta jaringan maklumatnya cukup baik. Beliau jelas tahu apa yang sedang berlaku di dunia ketika itu, khususnya nasib yang menimpa Dunia Islam – kecelaruan dan perpecahan yang melanda umat Islam angkara masalah dalaman dan penjajahan asing. Beliau juga sedar bahawa simbol kekuatan politik umat Islam tika itu, Empayar Turki Uthmaniyyah, sedang diancam dan cuba dihapuskan oleh Inggeris melalui Perang Dunia Pertama.
Kerana itu juga, Tok Janggut adalah seorang yang berfikiran GLOKAL ( yakni, a person who thinks globally and acts locally ). Ini dapat dilihat melalui keprihatinan beliau terhadap nasib Dunia Islam yang dipadankan dengan suasana setempat, yang kemudiannya ditafsirkan melalui penentangan bersenjata pada tahun 1915.
Sayang sekali, hakikat ini selalu sahaja tenggelam, samar samar atau langsung gagal dinyatakan dalam huraian kontemporari sejarah Tok Janggut, hingga menampakkan perjuangan beliau sebagai bercorak parokial ( kekampungan ) yang hampir tidak membawa apa apa makna.

INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki itu dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.
Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.
The story of a Kelantanese rebel who fought against the British comes alive in the Tok Janggut Trail.
A declaration of jihad (holy war), an insurrection against foreign invaders, the death of a rebel leader and the parade of his corpse before it was hung upside-down in public as a warning – this is the story of Kelantan’s Tok Janggut.
Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British.
Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya.
Sebuah lagi catatan penting ekoran daripada gerakan Pan-Islam Sultan Abdul Hamid II adalah tercetusnya Dahagi Singapura pada tahun 1915.
Sehingga pada hari ini, sebab sebenar yang mencetuskan Dahagi tersebut masih belum didedahkan kepada umum kecuali dengan beberapa andaian yang berhasil semenjak beberapa tahun yang lalu. Ini berikutan daripada polisi Britain sendiri yang merahsiakan perkara tersebut.
Dahagi ini sebenarnya bermula ekoran daripada bantahan askar India dan Melayu Muslim daripada dihantar ke Timur Tengah bagi menyertai tentera Arab menentang pemerintahan Khilafah Othmaniah semasa Revolusi Arab 1916.
Tok Janggut
” Nama sebenarnya adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan
Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya
dari segi pentadbiran.
Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan
pemimpin tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai
pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen
setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. Pada 29 April 1915,
pentakbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang
pegawai takbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.
Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat
sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai
oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat
Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.
Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan
bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir
Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura
dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.
Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang
memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai
penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas telah terbunuh. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu
yang memakan masa satu hari.
Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka)
mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan. “
GAMBAR BERKAITAN
PADANG BANK, KOTA BHARU
Padang Bank di Kota Bharu 1930
Poskad lama awal 1930an, yang memaparkan Monumen Perang Dunia Pertama dan Padang Bank di Kota Bharu. Imej ” dipinjam ” dari blog Northernmalaya. Turut kelihatan adalah bangunan Istana Jahar. Foto dirakam sekitar 1930an.
Tok Janggut
*dikatakan inilah mayat Tok Janggut. Ada yang mengatakan ini bukan mayat Tok Janggut tetapi adalah salah seorang pengikutnya yang terbunuh dalam peperangan bersama Tok Janggut, ada yang mengatakan British tersalah mengecam identiti Tok janggut. Bagaimanapun, ia tidak disokong oleh bukti yang kuat. Penulis asal percaya inilah jasad Tok Janggut.
tok janggut digantung
*Setelah gugur syahid di Pasir Puteh, jasad Tok Janggut telah dibawa ke Kota Bharu dan digantung songsang di khalayak ramai, di Padang Bank. Sebagai tontonan dan pengajaran kepada rakyat Kelantan yang terfikir untuk menentang Inggeris.
18384060jpg
Monumen Perang Dunia Pertama dan Padang Bank pada masa sekarang. Foto dirakam awal Jun 2008.
a-bilingual-description-on-tok-janggut-and-his-life-story-and
*diskripsi dwibahasa mengenai Tok Janggut dan kisah hidupnya.
17928662jpg1
17928663jpg1
Keadaan makam Tok Janggut pada masa sekarang di Pasir Pekan. Foto dirakam pada awal Jun 2008. Kawasan di mana jasad Tok Janggut dikebumikan bukanlah tanah perkuburan. Beliau ditanam bersendirian, jauh dari orang lain, di dalam sebuah liang lahad tanpa nisan(sehingga seseorang membuat keputusan untuk meletakkan sesuatu di kuburnya)
9728273
*Penduduk tempatan mahukan Tok Janggut dihormati.
20020000827g1
Tentera British bergambar. Tulisan di kaki mereka jelas menunjukkan Pasir Puteh 14-10-1915. Lebih kurang 5 bulan selepas pemberontakan yang mahsyur itu berlaku di tempat ini. Askar ini dihantar dari Singapore dan gambar ini membuktikan bahawa mereka masih berada di sana walaupun sudah berbulan berlalu sejak kematian Tok Janggut. Mungkin askar ini mahu berjaga-jaga dari pemberontakan yang mungkin berlaku oleh para pengikut Tok Janggut.
Sumber dari of Arkib Negara Malaysia ( National Archive ) search site.
*****Sebelum ini aku sendiri tidak sedar perjuangan sebenar Tok Janggut sehinggalah menemui artikel yang cukup detil bagi aku.Artikel diatas aku copy dari blog Iniceritakita.Wordpress.Com . Kebiasaanya maklumat yang diperolehi sekadar infor sahaha tidak lebih dari itu.Ramai lagi pejuang-pejuang sebenar negara kita yang wajib kita hargai seperti Mat Kilau , Mat Salleh , Rentap , Dato Bahaman , Dato Maharaja  Lela , Dol Said , Tok Gajah , Haji Abdul Rahman , Antanom . U all semua boleh baca kisah tokoh-tokoh ini di lamanweb SemangatMerdeka.Net .

Baca Artikel Yang Berkaitan